Sudah lama aku tidak menggunakan Bahasa Melayu. Hanya ketika aku membeli nasi lemak, atau berborak kosong dengan rakan melayu sahaja. Utusan Melayu dan Berita Harian sudahpun menjadi kenanganku. Itulah sajianku saban hari, dengan tujuan mengukuhkan asas Bahasa Kebangsaan waktu menghadapi peperiksaan SPM.
Dua hari lepas, dengan tidak sengaja, aku tertonton berita RTM1. Terperanjat aku melihat bahasa yang aku kenali selama ini begitu banyak ubah wajahnya. Sudah begitu banyak perkataan telah diInggeriskan. Aku hairan, kenapa perkataan yang selama ini kita guna diketepikan begitu sahaja? Adakah benar kedudukan Bahasa Melayu akan menjadi lebih baik di peringkat antarabangsa jika banyak perkataan Inggeris digunakan?
"Cadangan" tidak lagi dapat menyampaikan makna "idea", "Komersial" lebih bermakna berbanding "Perniagaan". "Jantina" begitu pariah berbanding "Gender", sebab ada dialog mengenai Undang-undang Gender tetapi tiada sesiapapun pedulikan Undang-undang Jantina.(haha...)
Aku faham keadaan ini berlaku sebab adanya perkataan-perkataan Ingerris yang tidak dapat mencari perkataan seertinya dalam Bahasa Melayu. Tetapi bagi perkataan yang sedia ada dan kerap digunakan juga diabaikan sekarang. Walaupun Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai seribu alasan begi mengindahkan keadaan ini. Mungkin perkataan-perkataan ini boleh diajar dalam Bahasa klasik suatu hari nanti.
"Bahasa Jiwa Bangsa", ini slogan yang aku belajar ketika di sekolah. Slogan ini juga menjadi laungan pemimpin-pemimpin kita ketika membantah Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan di sekolah untuk subjek Sains dan Matematik.
Bermati-mati mereka mempertahankan Bahasa Melayu kononnya budak-budak kampung tidak dapat merujuk kepada emak bapa sekiranya ada soalan dalam subjek berkenaan. Kononnya emak bapa di kampung tidak memahami Bahasa Inggeris, tetapi mampu memahami Bahasa Melayu baru yang begitu asing kepada mereka.
Bahasa Jiwa Bangsa, sekarang ia hanya menjadi slogan papan iklan yang makin pudar warnanya, terpacak di tepi jalanraya dicemari oleh kentut buangan kereta kebangsaan kita sendiri......
(Aku yang tulis, seorang Warganegara Malaysia keturunan Cina yang KONONNYA tidak layak untuk mengutuk Bahasa Melayu milik orang Melayu)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
太久太久
沒想到真的很久沒更新過部落格了。有多少部落友還繼續呢? 看了一遍好友鏈接,真的沒剩幾個了……
-
To obtain the Malaysian Birth Cert, the baby has to obtain the Singapore Birth Cert first. This can be easily done. Quite a number of hospit...
-
一命二運三風水,四積功德五讀書,六名七相八敬神,九交貴人十養生。 一個人能否成功、發達,照古人說法,基本上就是寄託在以上這幾句。也許大家都覺得這樣很迷信,根本沒有甚麼科學根據。偏偏有人怕沒錢,就為自己改名洪鑫──金有如洪水般湧來。 雖說迷信,可是我們的大馬教育局卻深深相信這句名言...
-
Whenever I see the hawker stall put a sign telling the customer “No Pork No Lard”, I really wanted to laugh and point my finger right to the...
No comments:
Post a Comment