Miskipun nenek moyang aku datang dari Tanah Besar China, tetapi jiwaku tetap Anak Jati Malaysia. Aku tidak tahu menyanyikan lagu kebangsaan China, bendera merah berbintang lima tidak bermakna kepada aku.
Tanahairku tetap Malaysia, Jalur Gemilang tetap bendera kebangsaanku terbangga. Ini hakikat sebenar, tiada sesiapa boleh menafikannya. Zaman aku tidak lagi sama. Aku tidak lagi hendak kembali ke Tanah Besar China. Situ bukan tanah airku, situ begitu asing kepada aku. Sebahasa tidak sebunyi, sewarna tidak sehati.
Hubungan antara orang Cina dengan orang China hanya tinggal budaya dan sejarah lampau sahaja. Sejarah baru orang Cina Malaysia bermula apabila tongkang-tongkang mula berlabuh di perlabuhan Melaka.
Dulu aku tak faham, kenapa ada orang merasa lebih mesra dengan pendatang baru yang menyeberangi selat Melaka dibandingkan dengan pendatang yang menyeberangi Laut China Selatan berdekad tahun dahulu.
Tidakkah kita mengharungi segala yang berlaku di bumi tercinta ini sejak 50 tahun dahulu? Tidakkah kita berkongsi sebutan bahasa yang sebunyi? Kenapa? Kenapa ada pula orang lebih sudi berkongsi kejayaan dengan pendatang yang hanya datang kebelakangan ini? Takkanlah kamu lebih suka melaungkan “Malaysia Bisa” berbanding dengan “Malaysia Boleh”?
Aku sangat faham, di mana bumi dipijak, si sana langit dijunjung. Aku tak pernah mengharapkan orang China datang menyelamatkan aku kalau ada orang cuba memandikan kerisnya dengan darahku. Bagi orang China, “Inikan hal keluarga orang lain.”
Jangan hambat aku lagi. Walaupun ada sebangsaku yang berhijrah, bukannya bencikan negara, tetapi cemus dengan airmuka ahli politik yang kurang ajar. Bumi ini telah dicemari politik, taktik kotor politik membina jurang yang dalam. Kedalaman ini cukup untuk menembusi bumi tercintai ini, kepada dua bahagian, bumi dan non-bumi....
Aku harap kita semua dapat membezakan antara “Negara” dan “Kerajaan”. Aku cintakan Negara, tetapi jangan paksa aku mencintai kerajaan yang tak guna. Kerajaan tidak seerti dengan Negara.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-50, Malaysiaku tercinta!
Thursday, August 30, 2007
Monday, August 20, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)
太久太久
沒想到真的很久沒更新過部落格了。有多少部落友還繼續呢? 看了一遍好友鏈接,真的沒剩幾個了……